Pakatan Darul Naim » admin

Krisis Istana Kelantan: PAKATAN Mahu Pemangku Raja Ambil Tindakan Wajar
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul  Naim Malaysia (Pakatan), yang mewakili anak-anak Kelantan di perantauan,  semalam berharap agar Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris  Petra mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hak dan kuasa baginda  berhubung kemelut yang berlaku sekarang.

“Kami memohon ampuni perkenan YMM Pemangku Raja Kelantan yang  mempunyai kuasa seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh  Perlembagan negeri Kelantan supaya memastikan negeri Kelantan berada  dalam keadaan harmoni,” kata Presidennya Datuk Dr Noordin Ab Razak dalam  satu kenyataan.

Katanya Pakatan melahirkan kebimbangan berhubung keadaan kesihatan  Sultan Kelantan dan keutuhan institusi Kesultanan Kelantan berikutan  penyiaran kenyataan-kenyataan yang mengelirukan di media dan internet.

Sehubungan itu, Dr Noordin berharap agar Pemangku Raja Kelantan  mengambil tindakan  termasuklah memastikan kesihatan Sultan Kelantan  terjaga dan diberi rawatan sewajarnya oleh doktor-doktor pakar.

“Melantik panel doktor pakar supaya membuat pemeriksaan lanjut ke  atas KDYMM Al-Sultan dan membuat laporan tepat mengenai status keadaan  KDYMM Al-Sultan supaya kami tidak tertanya-tanya akan keadaan sebenar  tahap kesihatan KDYMM Al-Sultan,” katanya.

Sambil melahirkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Sultan  Kelantan dan Pemangku Raja Kelantan, Dr Noordin berkata tindakan tegas  oleh Pemangku Raja adalah perlu untuk menegakkan perlembagaan dan  undang-undang bagi menghentikan kemelut yang berlaku supaya perlembagaan  dan undang-undang Tubuh Negeri Kelantan terus dihormati. – Mstar Online

Sekitar Mesyuarat Agung Pakatan 2009
Mesyuarat Agung Pakatan Darul Naim 2009 diadakan pada 6 Disember 2009  bertempat di pejabat urusan Pakatan, Wangsa Maju. Ahli seramai 200 orang  lebih menghadirkan diri. Tetamu kehormat ialah Y. Bhg. Dato’ Dr. Awang  Adek Hussin merangkap Timbalan Presiden bagi sesi 2007-2009.

Mesyuarat berlangsung dengan lancar di mulai dengan kata alu-aluan Tuan  Presiden Pakatan, Y. Bhg. Datuk Dr. Haji Noordin Hj Ab. Razak yang  pengerusikan oleh Setiausaha Agung, Tuan Haji Roslan Mohamed. Seterusnya  pembentangan minit mesyuarat lepas, penyata akaun dan sesi pemilihan  jawatankuasa baru 2010 – 2012.

Mesyuarat kali ini penuh sesak dengan kehadiran ahli-ahli menyebabkan  ruang mesyuarat penuh dan kurang selesa. Insyallah, pihak Pakatan akan  mengatasi kesulitan ini dengan mengadakan mesyuarat Agung di ruang yang  lebih selesa di masa akan datang.

Lagi gambar di Facebook Pakatan Darul Naim .

Majlis Ramah Mesra Pasukan Bola Sepak Kelantan
Jemputan kepada semua adik kakak ke Majlis Ramah Mesra Pasukan Bola Sepak Kelantan. Pada 8 Nov2009 Ahad 12thg Dewan Tan Sri Mohfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin KL ( Belakang Bangunan Bank Negara)

Mstar : Bekas MB Kelantan Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob meninggal dunia di Hospital Pantai kira-kira pukul 6 pagi tadi. Jenazah allahyarham dibawa ke rumah anak perempuannya di Taman Tun Dr Ismail di sini kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Mohamed Yaacob menjadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1978, pemimpin Barisan Nasional (BN) terakhir yang memegang jawatan itu sehingga PAS mengambil alih kerajaan negeri selepas pilihan raya umum 1990.

Sumber : Mstar Online

Keputusan Liga Futsal HTO-Pakatan Edisi Merdeka 2008
Sport Planet Kajang juara futsal Merdeka

Oleh Norman Abdullah

sukan@hmetro.com.my

PASUKAN Sport Planet Kajang tidak menghadapi banyak masalah untuk muncul juara Liga Futsal HTO-Pakatan (Persatuan Anak Kelantan) Edisi Merdeka 2008, kelmarin.

Kejohanan yang berlangsung di HTO de Futsal Subang Jaya itu menyaksikan Sport Planet Kajang yang dibarisi bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bangi, mudah mengetepikan Zie FC, 4-1 sekali gus membawa pulang wang tunai RM51,000.

Pengurus pasukan, Mohd Syahar Azizan, berkata kemenangan itu adalah pemangkin kepada pemainnya untuk lebih memberikan fokus kepada pertandingan akan datang selepas Aidilfitri nanti.

“Sukar hendak percaya apabila kami muncul juara. Saya ucapkan tahniah kepada pemain kerana berusaha keras sehingga membuahkan hasil di luar dugaan.

“Kemenangan ini ini boleh dikatakan bonus sempena Ramadan dan Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pakatan, Datuk Dr Nordin Razak, berkata beliau berpuas hati segala usaha dijalankan persatuan demi meningkatkan mutu sukan futsal dan menggalakkan golongan muda terbabit dalam sukan itu.

“Saya berharap ada antara pemain menyertai kejohanan ini akan bergelar sebagai pemain profesional dan seterusnya mengharumkan nama negara.

“Kejohanan ini dilihat landasan mengelakkan gejala tidak berfaedah terutamanya golongan muda selain merapatkan hubungan sesama mereka,” katanya.

Sumber : Harian Metro Ahad 31 Ogos 2008