Persatuan anak-anak Kelantan (PAKATAN) telah ditubuhkan pada tahun 1970 dan dipelopori oleh orang-orang besar (golongan elit) seperti Tan Sri, Datuk dan orang kenamaan yang berasal dari Kelantan dan tinggal dikota raya Kuala Lumpur.
Pengerusi pertama PAKATAN ialah Datuk Ahmad Nordin. Persatuan ini hanya bertahan 6 tahun sahaja dan kemudian luput.
Pada tahun 1976, timbul satu kesedaran dikalangan beberapa orang bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya yang terdiri dari Datuk Haji Noordin Hj.Abd.Razak, Encik Rapa’ain dan rakan-rakan yang lain untuk mengambil insiatif bagi menubuhkan semula persatuan ini, yang mana Datuk Haji Noordin Hj.Abd Razak dipilih untuk memegang jawatan presiden, dan melantik Tengku Razaleigh Hamzah , Tengku Ahmad Rithtaudeen dan Dato’ Mohammad Ya’acob ketika itu Menteri Besar Kelantan selaku penasihat.
Dari insiatif ini Datuk Haji Noordin telah mengerah dan mencari ahli-ahli disekitar Kuala Lumpur dan Selangor menjadi ahli PAKATAN. Sehingga sekarang bilangan ahlinya telah menjangkau 1,500 orang.
Berbagai aktiviti telah dijalankan setiap tahun, seperti perlawanan golf, pertunjukkan kebudayaandan tidak juga membuat kerja-kerja amal untuk membantu ahli-ahli yang memerlukan bantuan.
Dengan usaha gigih dari Presiden dan ahli-ahli jawatankuasa, persatuan ini semakin kukuh dan jumlah ahlinya bertambah dari semasa ke semasa.
Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN) telah membeli sebuah Kedai /Pejabat dua tingkat di jalan 12/27 A, Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dengan harga RM292,888.00.
Pembelian bangunan ini bertujuan untuk menjadi rumah persatuan serta punca pendapatan persatuan bagi membiayai kegiatan-kegiatan kebajikan sosial dan ekonomi ahli-ahli dan anak-anak Kelantan di perantauan.
Pada awal penubuhan, pejabat persatuan hanya menumpang di pejabat ahli dan telah berpindah beberapa kali dari satu pejabat ke pejabat ahli yang lain. Cita-cita untuk memperolehi pejabat atau bangunan sendiri tidak dapat dipenuhi kerana masalah kewangan pada masa itu.
Pada tahun 1994, Presiden dan ahli jawantankuasa PAKATAN telah bersetuju untuk membeli bangunan pejabat sendiri. Berkat sokongan kewangan dari ahli-ahli dan anak-anak Kelantan yang menetap di Lembah Kelang.


Komen Terkini