Mesyuarat Agung Pakatan Darul Naim 2009 diadakan pada 6 Disember 2009 bertempat di pejabat urusan Pakatan, Wangsa Maju. Ahli seramai 200 orang lebih menghadirkan diri. Tetamu kehormat ialah Y. Bhg. Dato’ Dr. Awang Adek Hussin merangkap Timbalan Presiden bagi sesi 2007-2009.
Mesyuarat berlangsung dengan lancar di mulai dengan kata alu-aluan Tuan Presiden Pakatan, Y. Bhg. Datuk Dr. Haji Noordin Hj Ab. Razak yang pengerusikan oleh Setiausaha Agung, Tuan Haji Roslan Mohamed. Seterusnya pembentangan minit mesyuarat lepas, penyata akaun dan sesi pemilihan jawatankuasa baru 2010 – 2012.
Mesyuarat kali ini penuh sesak dengan kehadiran ahli-ahli menyebabkan ruang mesyuarat penuh dan kurang selesa. Insyallah, pihak Pakatan akan mengatasi kesulitan ini dengan mengadakan mesyuarat Agung di ruang yang lebih selesa di masa akan datang.



Lagi gambar di Facebook Pakatan Darul Naim .

